BERITA TERKINI   PM Anwar sambut baik langkah 12 negara Barat menentang petempatan haram Israel | Anak syarikat Vestland Bhd, Vestland Resources Sdn Bhd mendapat kontrak RM410 juta daripada Golden Armani Sdn Bhd bagi kerja pembinaan di Jalan Ampang | Lembaga Pengarah AI Malaysia Bhd menghimpunkan barisan pemimpin daripada sektor awam dan swasta - Kementerian Digital | Aireen Omar dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah AI Malaysia Bhd - Kementerian Digital | 

Terdapat 502 berita berdasarkan kata kunci carian " prestasi"

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Selasa, seiring dengan prestasi kadar asas pasaran tunai. 

Ledakan AI, Permintaan Tenaga Pacu Lonjakan Perdagangan Malaysia Pada Jan-Mei 2026

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Permintaan global yang kukuh terhadap infrastruktur kecerdasan buatan (AI) dan produk tenaga terus menyokong pertumbuhan perdagangan Malaysia dalam tempoh lima bulan pertama 2026, menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Keuntungan Selepas Cukai JCorp Naik Berganda Kepada RM703 Juta

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Keuntungan selepas cukai (PAT) Johor Corporation (JCorp) untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis 2025 naik lebih dua kali ganda kepada RM703 juta berbanding tahun sebelum ini selepas dipacu oleh pertumbuhan dan prestasi kukuh merentas segmen perniagaan utamanya.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Isnin walaupun prestasi kadar asas pasaran tunai lemah.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Didorong Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin didorong oleh sentimen berhati-hati selepas prestasi mendatar pada Jumaat lepas dalam pasaran Wall Street dan Hong Kong ditutup bersempena dengan cuti umum.

Perjanjian Petronas Di Turkmenistan, Rusia Bukti Hubungan Diplomatik Kukuh Dan Kredibiliti Global

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Perjanjian tenaga terbaharu yang dimeterai oleh Petroliam Nasional Bhd (Petronas) di Turkmenistan dan Rusia membuktikan hubungan diplomatik Malaysia yang kukuh dengan kedua-dua negara dan reputasi Petronas yang telah lama bertapak sebagai penggiat tenaga global yang dipercayai, kata penganalisis.

Pulau Pinang Raih Pelaburan Diluluskan Sektor Pembuatan RM4.9 Bilion Pada Suku Pertama 2026

BATU KAWAN, 20 Jun (Bernama) -- Pulau Pinang meraih pelaburan diluluskan dalam sektor pembuatan berjumlah RM4.9 bilion bagi suku pertama 2026, sekali gus berada pada tangga kedua di seluruh Malaysia, yang mengukuhkan kedudukannya sebagai antara destinasi industri serta pelaburan utama di negara ini.

Niaga Hadapan KLCI Dijangka Berlegar Dalam Julat 1,700 Hingga 1,730 Minggu Hadapan

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka bergerak dalam julat 1,700 hingga 1,730 pada minggu hadapan, dengan potensi menguji paras atas julat tersebut sekiranya sentimen luaran kekal positif.

Peroleh Telaga Gas Antara Terbesar Dunia Kejayaan Luar Biasa Petronas - PM Anwar

Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail

ASHGABAT (TURKMENISTAN), 19 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kejayaan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) memperoleh telaga gas antara yang terbesar dunia susulan perjanjian yang dimeterai dengan kerajaan di Turkmenistan sebagai luar biasa.

TIV Industri Automotif Susut 15 Peratus Kepada 61,250 Unit Pada Mei - MAA

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Industri automotif Malaysia mencatatkan penurunan 15 peratus dalam jumlah keseluruhan industri (TIV) kepada 61,250 unit pada Mei 2026 berbanding 72,113 unit pada April 2026.

RHB Investment Yakin Prospek Eksport Malaysia Pada 2026 Dipacu Oleh Permintaan Sektor E&E

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd kekal positif terhadap prospek eksport Malaysia bagi 2026, disokong oleh permintaan luar yang berdaya tahan dan momentum berterusan dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) yang dipacu oleh kitaran naik teknologi dan pelaburan berkaitan kecerdasan buatan (AI).

Kedudukan Malaysia Dalam Penarafan IMD Naik Hasil Pembaharuan, Kerjasama Awam-swasta - FMM

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Peningkatan Malaysia pada kedudukan ke-15 dalam Penarafan Daya Saing Dunia 2026 oleh Institut Pembangunan Pengurusan Antarabangsa (IMD) mencerminkan usaha pembaharuan yang berterusan dan penyelarasan yang lebih erat antara sektor awam serta swasta, kata Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).