BERITA TERKINI   Aichi-Nagoya 2026: Atlet karate C.Shahmalarani sumbang emas ketiga negara dalam acara kumite bawah 50kg wanita | Aichi-Nagoya 2026: Atlet e-sukan Taj Izrin Aiman Taj Madira raih emas kedua negara dalam perlumbaan Gran Turismo 7 | Malaysia dan China berada pada kedudukan baik untuk bersama-sama memacu sektor pembuatan, AI, robotik, automasi industri, EV, semikonduktor dan teknologi digital - PM Anwar  | 

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Isnin walaupun prestasi kadar asas pasaran tunai lemah.

Pada 9.40 pagi, kontrak Jun 2026 meningkat tiga mata kepada 1,719.0 serta Julai 2026, September 2026 dan Disember 2026, masing-masing naik 4.5 mata kepada 1,721.50, 1,701.50 dan 1,701.50. 

Jumlah dagangan sebanyak 2,116 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 33,852 kontrak.

Ad Banner

Pada 9.55 pagi, indeks petunjuk pasaran menurun 2.11 mata kepada 1,709.92 daripada 1,712.03 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

-- BERNAMA

Ad Banner