Terdapat 40 berita berdasarkan kata kunci carian " mof"

Pengecualian Cukai Yayasan Pendidikan TARC Tertakluk Pematuhan Syarat - MOF

PUTRAJAYA, 6 Julai (Bernama) -- Pengecualian cukai bagi Yayasan Pendidikan TARC tertakluk kepada pematuhan syarat-syarat yang ditetapkan di bawah undang-undang percukaian, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Subsidi Produk Petroleum Dijangka Hampir RM40 Bilion Tahun Ini - MOF

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Kerajaan dijangka menanggung subsidi produk petroleum hampir RM40 bilion tahun ini berikutan kenaikan harga minyak dunia yang dipacu oleh ketegangan geopolitik dan konflik Asia Barat, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Malaysia, Switzerland Muktamadkan Pusingan Kedua Rundingan Semula Perjanjian Pencukaian Dua Kali

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) dan Sekretariat Negara  Kewangan Antarabangsa Switzerland berjaya memuktamadkan pusingan kedua bagi rundingan semula Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (PPPDK) Berkaitan Cukai Pendapatan antara kedua-dua negara.

MITI Teliti Maklum Balas Industri Berhubung Elaun Pelaburan Semula

MELAKA, 26 Jun (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang meneliti isu berkaitan elaun pelaburan semula (RA) dan akan membawanya kepada perhatian Kementerian Kewangan (MOF) susulan gesaan komuniti perniagaan untuk penambahbaikan insentif bagi menggalakkan pelaburan semula syarikat.