Terdapat 45 berita berdasarkan kata kunci carian " hubungan"

Ruang Interaksi Penting Dalam Memperkukuh Persefahaman Antara Negara - PM Anwar

Daripada Nurul Hanis Izmir

KAZAN, 18 Jun (Bernama) -- Dalam suasana dunia yang terus menghadapi pelbagai cabaran dan ketidaktentuan, ruang interaksi seperti Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia dan hubungan antara negara amat bermakna dalam memperkukuh persefahaman, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Agrobank Tubuh Pemudahan Perdagangan, Pengaturan Penyelesaian Pembayaran Dengan Uzbekistan

Oleh Siti Radziah Hamzah

TASHKENT, 17 Jun (Bernama) -- Agrobank menyasarkan untuk mewujudkan pengaturan pemudahan perdagangan dan penyelesaian pembayaran yang menghubungkan Malaysia dan Uzbekistan serta rantau Komanwel Negara-negara Merdeka (CIS) dengan lebih meluas menjelang akhir tahun. 

Firma India Melabur Lebih US$3 Bilion Di Malaysia, Wujudkan 30,000 Pekerjaan - CIIM

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Syarikat India melabur lebih US$3 bilion (US$1 = RM4.06) di Malaysia dan mewujudkan lebih 30,00 peluang pekerjaan secara langsung, sekali gus mencerminkan perkongsian ekonomi yang kukuh antara Malaysia dan India, menurut  Konsortium Industri India di Malaysia (CIIM).

Pemuktamadan Pelan Hala Tuju Perdagangan ASEAN-Rusia Permulaan Baik, Persekitaran Kondusif Penting - PM Anwar

Daripada Nurul Hanis Izmir

KAZAN, 17 Jun (Bernama) -- Pemuktamadan Program Strategik ASEAN-Rusia mengenai Kerjasama Perdagangan dan Pelaburan 2026-2035 merupakan langkah awal untuk lonjakan seterusnya dalam hubungan ekonomi, namun persekitaran kondusif penting untuk merealisasikannya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Uzbekistan Berminat Perkukuh Hubungan Pelaburan, Perniagaan Dengan Malaysia, ASEAN

Daripada Siti Radziah Hamzah

TASHKENT, 16 Jun (Bernama) -- Uzbekistan menyatakan minat untuk memperkukuh hubungan pelaburan dan perniagaan dengan Malaysia serta negara-negara ASEAN, khususnya dalam sektor industri bernilai tambah tinggi, pembuatan dan perusahaan kecil serta sederhana (PKS).

IRDA, Kerajaan Bandar Taoyuan Taiwan Jalin Pakatan Memajukan Kolaborasi Industri

ISKANDAR PUTERI, June 16 (Bernama) -- Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) memeterai kerjasama strategik dengan Kerajaan Bandar Taoyuan di Taiwan untuk bersama-sama memajukan kolaborasi industri, memperkukuh pembangunan bakat dan meningkatkan daya saing ekonomi.

Pelabur Malaysia Dipelawa Manfaatkan Peluang Infrastruktur Di Timor-Leste - Presiden Ramos-Horta

PETALING JAYA, 15 Jun (Bernama) -- Timor-Leste mempelawa pelabur Malaysia untuk meneroka peluang pelaburan dan mendapatkan kontrak projek ketika negara memulakan pembangunan infrastruktur secara besar-besaran, kata Presiden José Ramos-Horta.

Sidec Lancar Program Pemecut Triple Selangor 2026

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) telah melancarkan Program Pemecut Triple (Tiga) Selangor 2026 menerusi pengenalan segmen Token-X baharu untuk untuk syarikat pemula niaga aset digital, rantaian blok dan Web3.

CIDB Lantik Ahmad Farrin Sebagai Ketua Eksekutif Baharu

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) melantik Ahmad Farrin Mokhtar sebagai Ketua Eksekutif yang baharu berkuat kuasa 8 Jun, menggantikan Zainora Zainal yang bersara pada 15 Januari lepas.