Terdapat 202 berita berdasarkan kata kunci carian " berjaya"

Untung Bersih Bermaz Auto Suku Pertama Melonjak Kepada RM40.51 Juta

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Keuntungan bersih Bermaz Auto Bhd melonjak kepada RM40.51 juta bagi suku pertama yang berakhir 31 Julai, 2026 daripada RM8.27 juta pada suku yang sama tahun lepas, disokong oleh jumlah jualan domestik yang lebih tinggi bagi model Mazda.

PNB Labur Hampir RM570 Juta Sejak 1996 Bangunkan Bakat Untuk Kemajuan Negara

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) telah melabur sebanyak hampir RM570 juta dalam pendidikan sejak 1996 menerusi Program Biasiswa PNB bagi membangunkan bakat yang mampu menyumbang kepada kemajuan negara.

Bursa Malaysia Ditutup Tidak Berubah Susulan Peningkatan Konflik Di Asia Barat

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani dan Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tidak berubah pada Rabu di tengah-tengah sentimen berhati-hati pelabur berikutan peningkatan ketegangan di Asia Barat yang menyaksikan minyak mentah Brent melonjak melepasi paras US$100 setong, kata seorang penganalisis.

TRC Synergy Raih Kontrak RM149.98 Juta Bagi Pusat Data Hiperskala

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- TRC Synergy Bhd berjaya meraih kontrak bernilai RM148.98 juta daripada Gamuda Engineering Sdn Bhd, membabitkan kerja-kerja perkhidmatan bawah tanah bagi sebuah pusat data hiperskala.

Cadangan Kumpul US$1 Bilion Bagi Biayai Semula Hutang, Perkukuh Lembaran Imbangan -- AirAsia

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- AirAsia Group Bhd menjelaskan cadangan pengumpulan dana sehingga US$1 bilion (US$1=RM4.04) daripada pasaran hutang antarabangsa dan RM700 juta dalam kredit tempatan, bertujuan bagi penyusunan atau pembiayaan semula hutang selain penyatuan lembaran imbangan.

Berbekalkan Modal RM120, Pendigitalan Bantu Usahawan Bangkit Semula Raih Jualan RM4 Juta

KUALA LUMPUR, 31 Ogos (Bernama) -- Berbekalkan modal kira-kira RM120, seorang usahawan tempatan memilih pendigitalan untuk bangkit semula selepas perniagaan yang diceburinya terjejas teruk ketika pandemik COVID-19 melanda negara.

Rugi Bersih Berjaya Corporation Berkurangan Kepada RM340.36 Juta Bagi Tahun Kewangan 2026

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Kerugian bersih Berjaya Corporation Bhd (BCorp) berkurangan kepada RM340.36 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026 daripada RM541.97 juta pada tahun kewangan 2025.

Lee Teck Yuen Ambil Alih Pengerusi IJM Corp

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- IJM Corporation Bhd telah mengumumkan pelantikan semula pengarah bukan eksekutifnya Datuk Lee Teck Yuen sebagai pengerusi bukan eksekutif baharu, berkuat kuasa 27 Ogos 2026. 

Untung Bersih Suku Kedua Petronas Gas Meningkat Kepada RM453.33 Juta

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Petronas Gas Bhd (PGB) mencatatkan peningkatan keuntungan bersih kepada RM453.33 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026 daripada RM450.19 juta dalam tempoh sama tahun lepas.

UOB Malaysia Selesai Transaksi Antara Bank Berasas MYOR Pertama Di Malaysia Bersama RHB, Maybank 

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- UOB Malaysia, Kumpulan Perbankan RHB (RHB) dan Malayan Banking Bhd (Maybank) berjaya melaksanakan transaksi pasaran wang antara bank bertempoh tiga bulan berasaskan Kadar Semalaman Malaysia (MYOR) yang pertama di negara ini.

Kuantan Port Sasar Pelbagaikan Kargo Cecair, Kendali Sehingga 30 Juta Tan LCO2 Setahun

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Kuantan Port Consortium Sdn Bhd (Kuantan Port) menyasarkan pengendalian karbon dioksida cecair (LCO2) mencecah lima juta tan setahun menjelang 2030 bagi fasa pertama dan seterusnya berpotensi melonjak kepada 30 juta tan setahun menjelang 2050.

Zetrix AI Raih Untung Bersih Lebih Tinggi Pada RM269.25 Juta Bagi Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Zetrix AI Bhd (Zetrix AI) mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM269.25 juta bagi suku kedua tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026 daripada RM199.15 juta dalam tempoh pada 2025.