Niaga Hadapan MSM Dijangka Meningkat Minggu Depan
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menaik minggu depan, disokong oleh asas yang kukuh dan jangkaan bekalan yang lebih terhad.