BERITA TERKINI   Sejumlah RM4.6 juta diperuntuk baik pulih 27 institusi pendidikan Islam di Pulau Pinang tahun ini - PM Anwar | Beberapa ikhtiar penting menyentuh kebimbangan dan kehidupan rakyat akan diumum dalam Amanat Perdana Hari Kebangsaan esok - PM Anwar | PM Anwar sampaikan Amanat Perdana Hari Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya petang esok | 1,000 tapak pelaksanaan JENDELA Fasa Dua tahun ini dikenal pasti termasuk di Sabah, Sarawak - Teo Nie Ching | Siasatan RCI terhadap Tabung Haji perlu bagi elak negara terus rugi - PM Anwar | 

Niaga Hadapan MSM Dijangka Meningkat Minggu Depan

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) --  Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menaik minggu depan, disokong oleh asas yang kukuh dan jangkaan bekalan yang lebih terhad.

Peniaga proprietari Iceberg X Sdn Bhd, David Ng berkata harga juga mungkin mendapat sokongan daripada kebimbangan mengenai pengeluaran minyak sawit dalam persekitaran cuaca panas dan kering berkaitan El Nino yang boleh menjejaskan hasil.

Ad Banner

“Pasaran juga mungkin mendapat sokongan daripada kebimbangan terhadap pengeluaran minyak sawit di tengah-tengah keadaan cuaca panas and kering berkaitan El Nino, yang berpotensi menjejaskan hasil.

“Minggu depan, kami menjangka harga diniagakan dalam julat RM4,850 dan RM5,000, katanya kepada Bernama.

Sementara itu, peniaga kanan minyak sawit Interband Group of Companies, Jim Teh berkata niaga hadapan MSM dijangka terus menunjukkan trend meningkat minggu depan, disokong oleh tahap stok MSM ketika ini di Malaysia dan Indonesia.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Permintaan fizikal dijangka datang terutamanya dari China, India, Pakistan, Kesatuan Eropah, Asia Barat dan Amerika Syarikat,” katanya.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan September 2026 susut RM163 kepada RM4,628 satu tan metrik, Oktober 2026 berkurangan RM146 kepada RM4,788 dan November 2026 merosot RM124 kepada RM4,894 setan.

Disember 2026 turun RM89 kepada RM4,988 satu tan metrik, Januari 2027 menguncup RM51 kepada RM5,067 dan February 2027 susut RM20 kepada RM5,121 satu tan metrik.

Jumlah dagangan mingguan turun kepada 466,029 lot daripada 682,863 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka merosot kepada 332,943 kontrak daripada 342,115 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal untuk September Selatan berkurangan RM120 kepada RM4,650 satu tan metrik.

-- BERNAMA