BERITA TERKINI   PM Anwar kecam sistem antarabangsa kerana gagal menangani penderitaan rakyat Palestin | Kementerian Komunikasi sokong 'Sumud Protocol', akan bekerjasama dengan Gerakan Sumud Global terbitkan siri mini - Fahmi | Kerajaan MADANI komited perjuangkan rakyat Palestin, semua pihak perlu terus beri sumbangan - PM Anwar | ACLE: Pohang 0-2 JDT | 

Teknologi, Peningkatan Skala Perniagaan Pacu Produktiviti Dan Kenaikan Gaji -- Akmal Nasrullah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Penggunaan teknologi dan peningkatan skala perniagaan dapat memperkukuh produktiviti serta keupayaan sesebuah syarikat untuk mengembalikan sebahagian hasil pertumbuhan kepada pekerja menerusi kenaikan gaji.

Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata usaha meningkatkan produktiviti bagi menyokong kenaikan gaji perlu melibatkan bukan sahaja pekerja, malah keupayaan majikan.

Ad Banner

“Kenaikan gaji yang berlaku ini perlu diseimbangkan dengan produktiviti, bukan semata-mata di peringkat pekerja itu sendiri tetapi juga dalaberm kalangan majikan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian selepas menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV, bertajuk “Belanjawan 2027: Pertumbuhan Ekonomi Berkualiti, Rakyat Sejahtera” yang disiarkan pada malam ini.

Akmal Nasrullah berkata penggunaan teknologi dan pembiayaan yang menyokong peningkatan skala syarikat adalah antara kaedah bagi memperkukuh keupayaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Apabila kita bercakap mengenai keupayaan PMKS, sudah pasti kita mengharapkan mereka ini akan terus dapat memperkukuh perniagaannya.

“Sekiranya skala itu berlaku dengan lebih baik dan lebih menyeluruh, majikan akan mampu untuk menyerap ataupun memulangkan sebahagian daripada hasil pertumbuhan itu kepada pekerja,” katanya.

Mengenai sektor yang menjadi tumpuan bagi meningkatkan produktiviti untuk menyokong kenaikan gaji, beliau berkata sektor pembuatan perlu bergerak ke arah penggunaan teknologi yang lebih menyeluruh, berbanding bergantung kepada tenaga buruh dengan kos yang rendah, termasuk pekerja asing.

Beliau berkata usaha itu selaras dengan sasaran Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing iaitu daripada 15 peratus kepada 10 peratus menjelang akhir tempoh rancangan tersebut.

“Sektor-sektor sedemikian sememangnya perlu terus diberikan galakan untuk mereka meningkatkan lagi produktiviti dan keupayaan,” katanya.

Mengulas lanjut, Akmal Nasrullah berkata penggunaan mesin atau peralatan yang lebih cekap tenaga turut menjadi antara kaedah bersesuaian bagi mengurangkan kos operasi syarikat.

Beliau berkata terdapat geran padanan kerajaan yang menjalankan audit bagi meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga, manakala perincian dana khusus bagi penerapan teknologi dan peningkatan produktiviti terletak di bawah kementerian berkaitan.

-- BERNAMA