BERITA TERKINI   PM Anwar kecam sistem antarabangsa kerana gagal menangani penderitaan rakyat Palestin | Kementerian Komunikasi sokong 'Sumud Protocol', akan bekerjasama dengan Gerakan Sumud Global terbitkan siri mini - Fahmi | Kerajaan MADANI komited perjuangkan rakyat Palestin, semua pihak perlu terus beri sumbangan - PM Anwar | ACLE: Pohang 0-2 JDT | 

Sebanyak 52,133 Pemilik Pikap, Jip Di Sabah Terima Tambahan 100 Liter BUDI MADANI Diesel

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Seramai 52,133 pemilik kenderaan diesel jenis pikap dan jip di Sabah diluluskan kelayakan tambahan 100 liter diesel di bawah inisiatif BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) setakat 12 Oktober 2026.

Menurut Kementerian Kewangan (MoF), penetapan kelayakan tambahan itu mengambil kira keperluan penggunaan diesel yang lebih tinggi, khususnya dalam kalangan penduduk luar bandar, peniaga kecil, petani dan mereka yang menggunakan kenderaan diesel bagi menjana pendapatan.

Selain itu, sebanyak 19,008 permohonan pemindahan kelayakan BUDI Diesel telah diluluskan, dengan 5,555 daripadanya melibatkan pemohon dari Sabah.

Ad Banner

Menurut MoF lagi, kerajaan melaksanakan pembaharuan penyasaran subsidi diesel melalui BUDI Diesel secara berperingkat bermula 27 Jun 2026, sebelum pelaksanaannya diperluaskan ke seluruh negara pada 1 Julai 2026.

Kementerian itu menyatakan demikian bagi menjawab pertanyaan Vivian Wong Shir Yee (PH-Sandakan) mengenai mekanisme subsidi diesel di Sabah dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini. 

Sementara itu, bagi pengguna selain pemilik kenderaan individu, MoF menjelaskan bahawa kerajaan turut mengambil kira keperluan kumpulan tertentu yang bergantung pada diesel untuk kegunaan harian, termasuk pengusaha bot, pengguna set janakuasa bergerak dan pam air di kawasan pedalaman.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Menurut MoF, golongan tersebut boleh dipertimbangkan untuk menerima bantuan BUDI Diesel melalui mekanisme MyKad, tertakluk kepada syarat kelayakan dan pengesahan kerajaan negeri serta agensi berkaitan seperti pejabat daerah, pejabat residen atau agensi negeri yang ditetapkan.

Langkah itu bertujuan memastikan kumpulan yang benar-benar bergantung pada diesel dalam memenuhi keperluan harian tidak tercicir daripada menerima bantuan.

“Kerajaan akan terus memantau pelaksanaan BUDI Diesel berdasarkan data penggunaan, maklum balas pengguna, input kerajaan negeri serta keperluan sektor yang terlibat.

“Sebarang penambahbaikan akan diperhalusi secara data supaya subsidi diesel dapat disalurkan dengan lebih mudah, adil, bersasar dan mampan kepada pengguna yang benar-benar layak, tanpa membuka ruang kepada ketirisan atau penyalahgunaan subsidi,” menurut MoF.

-- BERNAMA