BERITA TERKINI   PM Anwar kecam sistem antarabangsa kerana gagal menangani penderitaan rakyat Palestin | Kementerian Komunikasi sokong 'Sumud Protocol', akan bekerjasama dengan Gerakan Sumud Global terbitkan siri mini - Fahmi | Kerajaan MADANI komited perjuangkan rakyat Palestin, semua pihak perlu terus beri sumbangan - PM Anwar | ACLE: Pohang 0-2 JDT | 

BNPL: Golongan Muda Catat 65.9 Juta Transaksi Bernilai RM5.4 Bilion Bagi Separuh Pertama 2026

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Golongan muda berusia 30 tahun dan ke bawah mencatatkan sejumlah 65.9 juta transaksi skim Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) bernilai RM5.4 bilion pada separuh pertama 2026 yang merangkumi 37.9 peratus daripada jumlah penggunaan BNPL di Malaysia.

Dalam jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini, Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan jumlah transaksi BNPL di Malaysia bagi tempoh itu ialah 173.9 juta yang bernilai RM14.7 bilion dengan golongan muda menyumbang 36.7 peratus daripada nilai keseluruhan transaksi.

Setakat 30 Jun 2026, baki terkumpul pembiayaan BNPL bagi golongan muda berjumlah RM2.4 bilion, manakala pembiayaan tidak berbayar ialah RM96.8 juta atau 4.0 peratus daripada baki terkumpul.

Ad Banner

Kenyataan MoF itu sebagai menjawab pertanyaan Datuk Dr Alias Razak (Kuala Nerus-PN) mengenai langkah Suruhanjaya Kredit Pengguna melindungi golongan muda daripada keberhutangan berlebihan melalui BNPL, termasuk penilaian keseluruhan komitmen kredit pengguna.

-- BERNAMA

 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner