BERITA TERKINI   Jerebu: Semua JPN, PPD diminta terus pantau keadaan dan ambil tindakan segera sekiranya perlu - Fadhlina | Jerebu: Sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, KL, Putrajaya serta Rompin, Pahang ditutup esok - Fadhlina | Jerebu: Semua sekolah agama di bawah JAIS ditutup sepenuhnya mulai esok, sekolah Islam persendirian disarankan ikut ketetapan - Pengarah JAIS | Jerebu : Semua institusi pendidikan di bawah KPM seluruh Selangor ditutup sepenuhnya mulai esok - JPN Selangor | Kejuaraan Kelab ASEAN 2026/2027: JDT 6-0 PKR Svay Rieng FC | 

Terdapat 78 berita berdasarkan kata kunci carian " skim"

Untung Bersih Gamuda Suku Ketiga Naik Kepada RM258 Juta, Umum Dividen Lima Sen Sesaham

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Gamuda Bhd merekodkan peningkatan dalam keuntungan bersihnya sebanyak lima peratus kepada RM258 juta bagi suku ketiga tahun kewangan 2026, dipacu oleh sumbangan kukuh daripada nilai perolehan kontrak untuk pembinaan domestiknya.

11 Pemaju Libatkan Lapan Pengguna Hijau Sertai CRESS Sehingga Mei

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Sebanyak 11 pemaju di bawah Skim Bekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS) telah berdaftar sehingga Mei 2026, melibatkan lapan pengguna hijau yang terdiri daripada syarikat pusat data, industri teknologi tinggi dan sektor pembuatan.

Kerajaan Tidak Bercadang Perluas Program Subsidi Bahan Api -  Liew 

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Kerajaan tidak bercadang memperluas program subsidi bahan api selepas pelarasan harga diesel bersubsidi baru-baru ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.

Eden At Botanica CT, APAM Memeterai MoU Untuk Integrasi Pembangunan Dengan Skim Persaraan

GEORGE TOWN, 24 Jun (Bernama) -- Eden at Botanica CT Sdn Bhd dan AIA Pension and Asset Management Sdn Bhd (APAM) telah memeterai perjanjian persefahaman (MoU) untuk menyepadukan penyelesaian Skim Persaraan Swasta (PRS) ke dalam pembangunan kehidupan warga emas, bertujuan mengukuhkan kesediaan kewangan dalam kalangan penduduk yang semakin menua di Malaysia.

Malaysia Mampu Sumbang Sehingga 20 Peratus Kepada Kapasiti RE Gentari Dalam Lima Hingga 10 Tahun

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUANTAN, 19 Jun (Bernama) -- Gentari Sdn Bhd menjangkakan Malaysia akan menyumbang antara 10  dan 20 peratus daripada kapasiti tenaga boleh baharu (RE) dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang, disokong oleh prospek pertumbuhan domestik yang lebih kukuh termasuk dasar kerajaan yang menyokong.

Bioeconomy Corp, K-Eco Korea Selatan Meterai MoU Bagi Perkukuh Biotenaga Lestari

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Malaysian Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corp) dan Korea Environment Corporation (K-Eco) Korea Selatan memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama dalam pembangunan biogas dan inisiatif berkaitan keneutralan karbon.