6hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan terus memperkukuh usaha menstabilkan harga barangan keperluan bagi menangani kebimbangan terhadap kenaikan kos sara hidup susulan pelaksanaan gaji minimum RM2,000 mulai Jun 2027.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Kerajaan belum menetapkan mana-mana lokasi di Sabah sebagai “living laboratory” Ekonomi Altitud Rendah pada masa ini kerana penilaian menyeluruh masih perlu dilaksanakan.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Kerajaan yakin dapat membelanjakan RM510 bilion yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2027 tanpa memperkenalkan cukai baharu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
7hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin, dipacu oleh permintaan eksport yang lebih kukuh seperti ditunjukkan dalam anggaran terkini juruukur kargo bagi Oktober, kata seorang peniaga.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Pengecualian duti setem bagi pembelian rumah kediaman pertama dicadangkan agar disemak semula untuk terus menyokong pemilikan rumah kediaman pertama oleh warganegara Malaysia.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Penetapan gaji minimum RM2,000 yang diumumkan dalam Belanjawan 2027 telah dipersetujui oleh Majlis Perundingan Gaji Negara, yang turut dianggotai wakil pekerja dan majikan, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Johan Mahmood Merican.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Sektor korporat Malaysia harus menggunakan peluang dalam Belanjawan 2027 untuk meningkatkan pelaburan, menambah baik produktiviti dan membina perniagaan yang lebih mampan serta berdaya saing di peringkat antarabangsa, menurut CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd (CGS MY).
7hari ago
PUTRAJAYA, 12 Okt (Bernama) -- Pengecualian perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan hasil jualan di bawah RM50 juta daripada pelaksanaan gaji minimum RM2,000 sebulan mulai Jun 2027 bertujuan memberi ruang kepada perniagaan berkenaan untuk menyesuaikan model operasi masing-masing.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- EP Manufacturing Bhd (EPMB) memeterai usaha sama (JV) dengan Hebei Shichang Auto Parts Co Ltd, syarikat sistem bahan api yang disenaraikan di Beijing, untuk menubuhkan kilang pembuatan bernilai RM100 juta yang menumpukan kepada pengeluaran tangki bahan api termaju untuk Proton.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Peruntukan RM60 juta yang disediakan kerajaan di bawah Belanjawan 2027 kepada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) boleh membantu membina keupayaan syarikat tempatan menembusi dan mempelbagaikan pasaran eksport.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Stok keseluruhan minyak sawit Malaysia meningkat sebanyak 691,835 tan atau 24.54 peratus kepada 3.51 juta tan pada September tahun ini berbanding 2.8 juta tan pada bulan sebelumnya, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
7hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Kinergy Advancement Bhd memperoleh kontrak bernilai RM47.5 juta daripada Gamuda Engineering Sdn Bhd bagi pakej elektrikal pembangunan pusat data berskala besar di Port Dickson.