3bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Kemampuan Malaysia untuk menarik pelaburan langsung asing (FDI) yang kukuh dan pada masa sama syarikat tempatan pula terus berkembang ke luar negara menunjukkan kekuatan ekonomi Malaysia yang semakin meningkat, daya saing dan keyakinan pelabur terhadap prospek jangka panjang negara, kata ahli ekonomi.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Ringgit meneruskan kenaikan untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS serta mata wang utama lain dan negara ASEAN pada Rabu, disokong oleh data ekonomi Malaysia yang lebih kukuh berbanding jangkaan, yang menambah keyakinan pelabur dan sentimen pasaran.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- AEON Credit Service (M) Bhd (AEON Credit) dikenakan denda sebanyak RM520,000 kerana gagal mematuhi keperluan berkaitan sekatan kewangan bersasar (TFS).
3bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Rabu dengan lebih tinggi, dipacu aktiviti memburu saham-saham berharga rendah susulan penurunan di pasaran baru-baru ini, kata penganalisis.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi pada tengah hari, disokong oleh aktiviti belian saham semasa harga rendah yang berterusan merentasi kebanyakan sektor, diterajui oleh saham-saham penjagaan kesihatan, kata penganalisis.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Pasaran pertukaran asing (FX) Malaysia kekal kukuh dengan purata dagangan harian forex meningkat kepada US$21.3 bilion setakat Jun 2026 daripada US$19.8 bilion pada 2025, menurut Jawatankuasa Pasaran Kewangan (FMC) Bank Negara Malaysia (BNM).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini dan dijangka dalam jajaran kecil menjelang pengumuman laporan inflasi perbelanjaan penggunaan peribadi AS pada Khamis.
3bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang negara ASEAN serta naik berbanding kebanyakan mata wang utama lain hari ini, apabila pelabur menunggu data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) AS bagi Jun yang akan dikeluarkan malam ini.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penurunannya pada Selasa apabila pelabur terus mengambil pendekatan tunggu dan lihat di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan serta ketiadaan pemangkin pasaran yang jelas, kata seorang penganalisis.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 June (Bernama) -- Rizan Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berada pada US$130.5 bilion, setakat 15 Jun 2026.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Pengeluar produk bakeri, HSS Holdings Bhd merancang untuk memperkukuh kedudukannya di Asia Tenggara, memanfaatkan permintaan meningkat untuk produk halal selepas penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah disebabkan aktiviti pengambilan berterusan diterajui oleh saham produk perindustrian, hartanah, penjagaan kesihatan dan telekomunikasi.