BERITA TERKINI   PM Anwar tiba di Maldives untuk lawatan rasmi dua hari, disambut Presiden Mohamed Muizzu | 

Terdapat 284 berita berdasarkan kata kunci carian " niaga hadapan"

Hasil Perbendaharaan AS Tinggi, Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Prestasi niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives rendah pada akhir urus niaga Selasa susulan peningkatan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS).

Pasaran Getah Ditutup Rendah Susulan Pengukuhan Ringgit

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa, dipengaruhi oleh penurunan di pasaran hadapan getah serantau dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.

Niaga Hadapan FBM KLCI Kebanyakannya Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR,18 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka kebanyakannya tinggi pada Selasa.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Didorong Prospek Permintaan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin, disokong harga minyak sayuran lain yang lebih kukuh serta prospek permintaan yang semakin baik.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin.

Pasaran Getah Kuala Lumpur Ditutup Tinggi Susulan Kenaikan Serantau, Kebimbangan El Niño

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin, disokong oleh kenaikan di pasaran niaga hadapan getah serantau dan prospek fenomena El Niño yang lebih kukuh, kata seorang peniaga.

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Isnin.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Sekitar US$4,345-US$4,375 Minggu Depan

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengalami turun naik antara US$4,345 dan US$4,375 setiap auns troy minggu depan.

Niaga Hadapan KLCI Diunjur Diniaga Dalam Aliran Meningkat Minggu Depan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif & Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) diunjur diniagakan dalam aliran meningkat minggu depan dalam julat kecil seiring dengan prestasi pasaran tunai, kata penganalisis.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Kekal Kukuh Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka terus disokong minggu depan kerana pasaran terus mengambil kira jangkaan bekalan yang lebih terhad mulai November dan seterusnya.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Bercampur-campur Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur pada Jumaat apabila aktiviti pengambilan untung hujung minggu mengimbangi sokongan daripada niaga hadapan minyak sayuran berkaitan yang lebih kukuh.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Hari Kedua Berturut-turut

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada hari kedua berturut-turut berikutan pelabur menilai data ekonomi Amerika Syarikat (AS).