Terdapat 224 berita berdasarkan kata kunci carian "petronas"

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Keyakinan Konflik Asia Barat Makin Mereda

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif & Karina Imran

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan aliran meningkatnya untuk ditutup tinggi pada Rabu, didorong oleh sentimen yang semakin bertambah baik susulan keyakinan konflik Asia Barat semakin mereda, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari, Dipacu Saham Teknologi

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan tinggi pada tengah hari dipacu minat belian baharu terhadap saham teknologi, sejajar prestasi kebanyakan pasaran serantau.

Shell Luluskan FID Fasa 3 Malikai, Pengeluaran Minyak Naik 60 Peratus

KOTA KINABALU, 5 Ogos (Bernama) -- Sabah Shell Petroleum Company Ltd (SSPC) telah meluluskan keputusan pelaburan akhir (FID) bagi meneruskan pembangunan fasa ketiga medan air dalam Malikai di luar pesisir Sabah.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Seiring Kenaikan Wall Street, Kemungkinan Pembukaan Selat Hormuz

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit pada Rabu, menjejaki kenaikan Wall Street semalaman susulan keyakinan terhadap kemungkinan persetujuan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran bagi membuka semula Selat Hormuz, kata seorang penganalisis.

Vantris Energy Raih Kontrak Bernilai RM830 Juta, Nilai Perolehan Kontrak Lebih RM6 Bilion

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Vantris Energy Bhd memperoleh kontrak bernilai RM830 juta bagi perkhidmatan pengangkutan, pemasangan dan pelantar penggerudian dibantu kapal sokongan (TADR) di Malaysia.

GFM Services Peroleh Pesanan Pelepasan RM83.1 Juta Bagi Kerja Penyelenggaraan Loji Di PIC

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- GFM Services Bhd menerusi unit tenaganya memperoleh pesanan pelepasan tambahan berjumlah RM83.1 juta bagi pakej kerja penyelenggaraan loji utama di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) di Johor.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Dipacu Saham Penjagaan Kesihatan, Perkhidmatan Kewangan

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi intra hari pada Selasa, dipacu kenaikan sektor perkhidmatan kewangan dan penjagaan kesihatan apabila pelabur kembali memberi tumpuan kepada sektor defensif serta berorientasikan domestik susulan peningkatan selera risiko global, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari Seiring Prestasi Positif Di Wall Street

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat pada tengah hari, menjejaki kenaikan di Wall Street dalam tempoh semalaman dalam persekitaran geopolitik yang tidak menentu.

Kerajaan Mempelbagai Akses Sumber Gas Bagi Perkukuh Keterjaminan Tenaga Negara 

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Kerajaan mengutamakan keterjaminan tenaga negara dengan mempelbagaikan akses kepada sumber gas berskala besar yang berpotensi memperluaskan pilihan bekalan dan meningkatkan daya tahan keselamatan tenaga.

Belian Saat Akhir Saham Wajaran Tinggi Pacu Bursa Malaysia Ditutup Meningkat

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif & Karina Imran

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan dengan mencatat peningkatan kecil pada Isnin, disokong oleh aktiviti belian saat-saat akhir ke atas saham bermodal besar terpilih di tengah-tengah pemulihan sentimen pelabur walaupun dalam situasi ketidaktentuan geopolitik, kata penganalisis.

Sarawak Energy Lantik Ruslan Abdul Ghani Sebagai bakal GCEO Berkuat Kuasa 1 September

KUCHING, 3 Ogos (Bernama) -- Sarawak Energy Bhd (Sarawak Energy) mengumumkan pelantikan Datuk Ruslan Abdul Ghani sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) berkuat kuasa 1 September. 

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada tengah hari susulan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih, didahului Petronas Chemicals Group Bhd, CelcomDigi Bhd dan Tenaga Nasional Bhd.