BERITA TERKINI   Kerajaan akan laksanakan reformasi dan islah sedayanya termasuk perkukuhkan Akta TH dan tadbir urus - Dr Zulkifli | TH beli tanah di TRX daripada 1MDB, dengan persoalan timbul apabila CEO TH merupakan ahli lembaga pengarah 1MDB | TH labur dalam Putrajaya Perdana, pengerusi TH ketika itu sebagai pengerusi Putrajaya Perdana dan syarikat terkait dalam urus niaga 1MDB dengan kerugian RM145.3 juta | Al-Rawda diarah bayar SAR899 juta, namun hanya bayar sebahagian apabila didapati tidak mempunyai kemampuan kewangan, sebanyak SAR14.9 juta sebelum gagal mematuhi terma Perjanjian Penyelesaian | TH memajak 4 hotel di Mekah & Madinah dari 2015 hingga 2017, bayar kira-kira RM1.55 bilion secara 'upfront' kepada Al-Rawda, satu transaksi yang luar biasa dan tidak ‘normal’ - Dr Zulkifli Hasan | 

Terdapat 3 berita berdasarkan kata kunci carian " 1mdb"

Pelaburan Dalam Putrajaya Perdana Heret TH Dalam Urus Niaga 1MDB, Rugi RM145.3 Juta

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Pelaburan Lembaga Tabung Haji (TH) dalam Putrajaya Perdana Bhd (PPB) serta meletakkan Pengerusi TH ketika itu sebagai pengerusi Putrajaya Perdana, mengheret TH dalam urus niaga 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sehingga TH mengalami kerugian RM145.3 juta.

Dana Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset Diguna Lunas Hutang 1MDB, SRC - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Kerajaan menegaskan bahawa penggunaan dana Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset dibuat selaras dengan Arahan Amanah yang diluluskan dan hanya bagi tujuan yang dibenarkan, termasuk menampung kos operasi serta melunaskan hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd.

Jumlah Tanggungan 1MDB Kerajaan Berjumlah RM51.4 Bilion - Kementerian Kewangan

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Jumlah keseluruhan tanggungan kerajaan berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) termasuk yang telah dilunaskan dan masih belum dijelaskan berjumlah RM51.4 bilion, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.