Capital A Rancang Lupus BigPay, Agih Pegangan Tune Protect Di Bawah Pengoptimuman Struktur Modal
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Capital A Bhd telah mencadangkan satu langkah pengoptimuman struktur modal yang melibatkan potensi pelupusan BigPay Pte Ltd, syarikat di mana 99.56 peratus sahamnya dimiliki oleh Capital A, berdasarkan keadaan pasaran, serta pengagihan secara teratur dan terancang bagi pegangan ekuiti 13.6 peratus dalam Tune Protect Group Bhd.