Proton Sasar Jualan 200,000 Unit Pada 2026, Segmen xEV Cecah 17 Peratus
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Proton Holdings Bhd menjangka jumlah jualan kenderaannya mencecah 200,000 unit pada 2026, akan menjadi prestasi jualan tahunan tertingginya dalam tempoh 15 tahun didorong oleh prestasi yang kukuh pada separuh pertama tahun ini.