Petronas, Staatsolie Meterai Keputusan Pelaburan Akhir Projek Gas Luar Pesisir Suriname
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Petronas Suriname E&P B.V. (PSEPBV), dan Staatsolie Maatschappij Suriname N.V. (Staatsolie) mengumumkan Keputusan Pelaburan Akhir (FID) bagi membangunkan medan gas Sloanea di Blok 52, yang terletak di luar pesisir Suriname.