Anak Syarikat Vantris Energy Dapat Kerja-kerja Luar Pesisir Petronas Carigali Bernilai RM475 Juta
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh tidak langsung BBhd, VTEB Offshore Sdn Bhd telah memperoleh dua pesanan kerja bernilai RM475 juta daripada Petronas Carigali Sdn Bhd untuk penyediaan perkhidmatan pengangkutan dan pemasangan luar pesisir di Malaysia.