Hextar Industries Batal Hasrat Ambil Alih Pegangan Woodpecker Bernilai RM177.48 Juta
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Rancangan Hextar Industries Bhd untuk mengambil alih 51 peratus kepentingan ekuti dalam Woodpeckers Group Sdn Bhd pada harga tunai RM177.48 juta, tidak akan diteruskan selepas beberapa syarat berkaitan gagal dimuktamadkan.