BERITA TERKINI   Komuniti antarabangsa perlu beranjak daripada kenyataan kepada tindakan konkrit dan mengikat - PM Anwar | Pendirian UK mengenai pembersihan etnik di Tebing Barat berlandaskan undang-undang antarabangsa, realiti - PM | PM Anwar sambut baik langkah Britain, Kanada dan Perancis sekat barangan dari petempatan haram Israel | PM Anwar sambut baik langkah 12 negara Barat menentang petempatan haram Israel | Anak syarikat Vestland Bhd, Vestland Resources Sdn Bhd mendapat kontrak RM410 juta daripada Golden Armani Sdn Bhd bagi kerja pembinaan di Jalan Ampang | 

Hextar Industries Batal Hasrat Ambil Alih Pegangan Woodpecker Bernilai RM177.48 Juta

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Rancangan Hextar Industries Bhd untuk mengambil alih 51 peratus kepentingan ekuti dalam Woodpeckers Group Sdn Bhd pada harga tunai RM177.48 juta, tidak akan diteruskan selepas beberapa syarat berkaitan gagal dimuktamadkan.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, Hextar Industries memaklumkan perjanjian jual beli (SPA) bersyarat antara syarikat itu serta vendor pada 12 Februari 2026, telah luput hari ini.

SPA yang kemudiannya dipinda dan ditambah melalui perjanjian tambahan bertarikh 23 Jun 2026, telah luput selepas beberapa syarat terdahulu tidak dipenuhi dalam tempoh bersyarat yang ditetapkan.

Ad Banner

“Sehubungan itu, cadangan pengambilalihan itu tidak akan diteruskan,” maklum syarikat itu.

Hextar Industries membuat pengumuman berkaitan cadangan pengambilalihan itu pada 12 Februari, 12 Jun dan 23 Jun 2026.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner