BERITA TERKINI   Komuniti antarabangsa perlu beranjak daripada kenyataan kepada tindakan konkrit dan mengikat - PM Anwar | Pendirian UK mengenai pembersihan etnik di Tebing Barat berlandaskan undang-undang antarabangsa, realiti - PM | PM Anwar sambut baik langkah Britain, Kanada dan Perancis sekat barangan dari petempatan haram Israel | PM Anwar sambut baik langkah 12 negara Barat menentang petempatan haram Israel | Anak syarikat Vestland Bhd, Vestland Resources Sdn Bhd mendapat kontrak RM410 juta daripada Golden Armani Sdn Bhd bagi kerja pembinaan di Jalan Ampang | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Peningkatan Stok, Pengeluaran

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri dagangan Jumaat dengan lebih rendah berikutan kebimbangan mengenai peningkatan paras stok simpanan dan pengeluaran dalam negara.

Peniaga Proprietari Iceberg X Sdn Bhd David Ng berkata laporan mengenai eksport lebih rendah baru-baru ini, turut menyumbang kepada tekanan harga.

Ad Banner

“Bagaimanapun, harga minyak kacang soya dan minyak mentah yang lebih kukuh itu mengehadkan lagi penurunan harga. Kami melihat paras sokongan harga pada lebih RM4,800 satu tan manakala rintangan RM4,950 satu tan,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semasa September 2026 susut RM48 kepada RM4,550 satu tan, Oktober 2026 turun RM46 kepada RM4,670 satu tan manakala kontrak November 2026 merosot RM71 kepada RM4,814 satu tan.

Kontrak Disember 2026 pula turun RM89 kepada RM4,944 satu tan, Januari 2027 menguncup RM98 kepada RM5,056 satu tan manakala Februari 2027 merosot RM100 kepada RM5,148 satu tan.

Ad Banner
Ad Banner

Jumlah dagangan bagaimanapun meningkat kepada 176,318 lot daripada 149,992 lot manakala kepentingan terbuka menokok kepada 349,906 kontrak daripada 340,891 kontrak sebelumnya.

Harga fizikal MSM bagi September Selatan susut RM30 kepada RM4,620 satu tan.

-- BERNAMA