BERITA TERKINI   Komuniti antarabangsa perlu beranjak daripada kenyataan kepada tindakan konkrit dan mengikat - PM Anwar | Pendirian UK mengenai pembersihan etnik di Tebing Barat berlandaskan undang-undang antarabangsa, realiti - PM | PM Anwar sambut baik langkah Britain, Kanada dan Perancis sekat barangan dari petempatan haram Israel | PM Anwar sambut baik langkah 12 negara Barat menentang petempatan haram Israel | Anak syarikat Vestland Bhd, Vestland Resources Sdn Bhd mendapat kontrak RM410 juta daripada Golden Armani Sdn Bhd bagi kerja pembinaan di Jalan Ampang | 

Duopharma Biotech Sahkan Serangan Siber Terhadap Infrastruktur IT

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Duopharma Biotech Bhd menjadi mangsa serangan siber yang melibatkan akses tanpa kebenaran ke dalam infrastruktur teknologi maklumat (IT) syarikat.

Siasatan awal mendapati sejumlah fail data telah dipindah keluar tanpa kebenaran, dipercayai termasuk data peribadi.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat farmaseutikal itu memaklumkan insiden berkenaan dikesan oleh sistem pertahanan siber dalamannya yang mengenal pasti cubaan mengakses sistem tanpa kebenaran.

Ad Banner

“Protokol tindakan segera telah berjaya dilaksanakan. Sehingga kini, rangkaian korporat teras dan sistem operasi dalaman kekal selamat dan berfungsi sepenuhnya,” tambahnya.

“Siasatan awal mengesahkan tiada gangguan berlaku ke atas operasi perniagaan teras kami dan semua aktiviti korporat terus beroperasi seperti biasa,” menurutnya.

Menurut syarikat itu, pihaknya akan bekerjasama dengan pakar keselamatan siber dalaman dan luaran yang berkaitan, jika perlu, untuk menjalankan siasatan forensik digital serta menentukan skop sebenar fail yang terlibat.

Ad Banner
Ad Banner

Syarikat itu percaya setakat ini tiada implikasi kewangan, namun terus menilai kesannya apabila maklumat lanjut diperoleh daripada siasatan yang sedang dijalankan.

Berhubung dakwaan data peribadi yang dipindah keluar tanpa kebenaran, syarikat itu akan memaklumkan kepada Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi dalam tempoh masa yang ditetapkan.

“Syarikat akan terus memantau keadaan dan mungkin membuat pengumuman lanjut sekiranya terdapat perkembangan penting berkaitan dengan insiden itu,” tambahnya.

-- BERNAMA