Eksport E&E Malaysia Dijangka Kekal Kukuh Pada Suku Kedua Disokong Pelaburan AI -- CGS International
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Malaysia dijangka mengekalkan momentum ekonominya pada separuh kedua 2026 didorong oleh kekukuhan sektor teknologi terutamanya kekuatan eksport elektrik dan elektronik (E&E) yang disokong oleh peningkatan pelaburan dalam infrastruktur kecerdasan buatan (AI) global.