BERITA TERKINI   Pelantikan, penggantungan tugas SUK dan Penasihat Undang-Undang Negeri masing-masing terletak di bawah bidang kuasa SPA dan SPKP - AGC | Majlis Mesyuarat Kerajaan N.Sembilan tidak ada kuasa dari segi undang-undang gantung tugas SUK dan Penasihat Undang-Undang Negeri - AGC | 

Terdapat 8 berita berdasarkan kata kunci carian " aset strategik"

Petronas Carigali, Rakan Kongsi Meterai PSC Baharu Blok A-18-01 MTJDA

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Petronas Carigali Sdn Bhd (Petronas Carigali) iaitu PC JDA Ltd (PC JDA) bersama-sama PTTEP JDX Thailand Ltd Co dan PTTEP JDX Thailand (JDA) Ltd (secara kolektif dikenali sebagai PTTEP JDX) telah menerima kelulusan daripada kerajaan Malaysia dan Thailand bagi kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) baharu untuk Blok A-18-01 di Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia-Thailand (MTJDA).

Perbadanan Labuan Tawar Lima Aset Strategik Untuk Pajakan, Pembangunan

LABUAN, 7 Ogos (Bernama) -- Kelab Golf Antarabangsa Labuan (LIGC) 18-lubang yang pernah menganjurkan kejohanan Golf Profesional Malaysia (PGM) yang diiktiraf oleh Asian Development Tour (ADT) merupakan antara lima aset strategik yang ditawarkan oleh Perbadanan Labuan untuk pajakan dan pembangunan.

Kewangan TH Kini Lebih Kukuh Didorong Usaha Pemulihan Berterusan, Penstrukturan Semula

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) kini berada pada kedudukan kewangan yang jauh lebih kukuh berbanding prestasi 2018 hasil usaha pemulihan berterusan dan penstrukturan semula.

Dewan Rakyat Lulus RUU Kumpulan Wang Amanah Negara 2026

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) 2026 yang akan memperkukuh asas perundangan dana itu dengan memastikan aliran masuk lebih konsisten, pengeluaran lebih berdisiplin serta tadbir urus dan akauntabiliti yang lebih jelas.

Pemulihan Penghantaran Ambil Masa, Pelabuhan Malaysia Sedia Atasi Lambakan Di Selat Hormuz

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Pelabuhan, syarikat perkapalan dan pemilik kargo kini menghadapi tugas berat untuk memulihkan rantaian bekalan global dan menyelesaikan lambakan kapal dan kargo yang terkumpul di Selat Hormuz dan sekitarnya susulan konflik yang berlaku sejak beberapa bulan.

Chin Hin Rancang Projek RM3.60 Bilion Di Segitiga Emas

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Chin Hin Group Property Bhd (CHGP) merancang membangunkan projek pembangunan bercampur dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) RM3.60 bilion di kawasan Segitiga Emas, Kuala Lumpur, melibatkan jumlah kos pembangunan (TDC) RM2.72 bilion.

Khazanah Sambut Baik Syor PAC Bagi Perkukuh Ekosistem Lapangan Terbang

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) menyambut baik saranan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terhadap Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) serta akan terus memperkukuh ekosistem lapangan terbang negara ini.

RS-2 : Koridor Utara Selangor Berpotensi Jadi Hab Ekonomi Baharu Negeri

SHAH ALAM, 13 Jun (Bernama) -- Tumpuan Kerajaan Negeri Selangor terhadap pembangunan koridor utara merangkumi Hulu Selangor dan Kuala Selangor, berpotensi menjadikan kawasan itu sebagai hab ekonomi baharu negeri, khususnya sektor tenaga dan industri strategik untuk mengharungi cabaran krisis tenaga global.