Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Kebimbangan Terhadap Kadar Faedah AS Semakin Reda
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS pada Khamis berikutan kebimbangan yang semakin reda terhadap prospek dasar monetari Amerika Syarikat (AS) telah merangsang sentimen pasaran susulan kenyataan pegawai Rizab Persekutuan (Fed) AS mengenai kadar faedah.