BS Freshmart Sasar Buka 35 Cawangan Menjelang 2028
Oleh Kamarul Halim M Kamal
KLUANG, 30 Sept (Bernama) -- Bermula daripada sekumpulan nelayan yang mahu menjual sendiri hasil tangkapan tanpa bergantung kepada orang tengah, pasar raya BS Freshmart kini berkembang dengan pembukaan cawangan ke-29 selain menyasarkan untuk memiliki 35 cawangan menjelang 2028.