Terdapat 8 berita berdasarkan kata kunci carian " hutang luar"

Hutang Luar Indonesia Naik 4.4 Peratus Kepada US$453.4 Bilion

JAKARTA, 18 Ogos (Bernama) -- Hutang luar Indonesia meningkat 4.4 peratus tahun ke tahun kepada US$453.4 bilion (US$1=RM4.05) pada suku kedua 2026, didorong peningkatan hutang luar sektor awam ketika penguncupan hutang sektor swasta semakin sederhana.

Rizab Antarabangsa BNM Meningkat Kepada US$132.1 Bilion Pada 31 Julai

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$132.1 bilion pada 31 Julai 2026 daripada US$131.8 bilion yang dicatatkan semasa 15 Julai lepas.

Rizab Antarabangsa Malaysia Berjumlah US$132.56 Bilion Setakat Akhir Jun 2026

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Aset rizab antarabangsa Malaysia berjumlah US$132.56 bilion (US$1=RM4.08), manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$1.54 bilion setakat akhir Jun 2026, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Ringgit Diunjur 3.90-4.20 Berbanding Dolar AS Pada Separuh Kedua 2026

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Pertumbuhan Malaysia yang berdaya tahan, lebihan dagangan kekal kukuh serta kerangka dasar monetari yang berdisiplin dijangka terus menyuntik sokongan terhadap ringgit sepanjang separuh kedua 2026 dengan unjuran dalam julat 3.90 hingga 4.20 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

BNM Terus Galakkan Aliran Dana Dua Hala Pasaran Kewangan Dalam Pesisir

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) akan meneruskan usaha menggalakkan aliran dana dua hala dan memperkukuh pasaran kewangan dalam pesisir Malaysia melalui liberalisasi rangka kerja dasar pertukaran asing (FEP) yang berhati-hati.

Rizab Antarabangsa BNM Naik Kepada US$132.6 Bilion Setakat Akhir Jun

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$132.6 bilion setakat 30 Jun, 2026 daripada US$130.5 bilion yang dicatatkan pada 15 Jun, 2026.

Aset Rizab Rasmi Malaysia Berjumlah US$130.63 Bilion Pada Akhir Mei 2026 -- BNM

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$130.63 bilion pada akhir Mei 2026, berbanding US$129.73 bilion pada akhir April 2026. 

Rizab Antarabangsa BNM Pada US$130.5 Bilion, Setakat 15 Jun

KUALA LUMPUR, 23 June (Bernama) -- Rizan Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berada pada US$130.5 bilion, setakat 15 Jun 2026.