DXN Jangka Labur Sekurang-kurangnya BRL100 Juta Bangun Kilang Perindustrian Di Brazil
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) – Anak syarikat milik penuh tidak langsung DXN Holdings Bhd, DXN Marketing (Brasil) LTDA (DXN Brasil), memeterai Perjanjian Komitmen Timbal Balik dengan Municipality of Ibia untuk cadangan pembangunan kilang perindustrian di Minas Gerais, Brazil.