MIDA, Invest Hong Kong Perbaharu Kerjasama, Galak Pelaburan Dua Hala Malaysia-Hong Kong
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Invest Hong Kong (InvestHK) hari ini memperbaharui memorandum persefahaman (MoU), dengan menetapkan hala tuju bersama bagi meneroka peluang pelaburan baharu di seluruh ASEAN, Greater Bay Area dan tanah besar China.