1bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Pelaburan dan pekerjaan dijangka kekal berdaya tahan pada separuh kedua 2026, didorong keyakinan perniagaan terhadap prospek ekonomi susulan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) serta peluang daripada penyusunan semula rantaian bekalan global, menurut Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Cadangan untuk menggabungkan elemen Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tertentu ke dalam kerangka Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) sedia ada, dapat membantu menangani isu seperti cukai bertindih dan tekanan kos, menurut Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menggesa Amerika Syarikat (AS) supaya mengguna pakai pendekatan seimbang terhadap cadangan tindakan tarif Seksyen 301 ke atas import yang dikaitkan dengan buruh paksa, sambil memberi amaran bahawa pengenaan duti secara menyeluruh boleh menjejaskan pengeluar Malaysia yang mematuhi peraturan serta mengganggu rantaian bekalan sedia ada.