Sembilan Daripada 10 Perniagaan Di Malaysia Belum Bersedia Sepenuhnya Ancaman Siber AIĀ - Synology Inc
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Hampir sembilan daripada 10 perniagaan di Malaysia belum bersedia sepenuhnya menghadapi ancaman siber yang didorong kecerdasan buatan (AI), sekali gus menunjukkan keperluan mengukuhkan keupayaan perlindungan dan pemulihan data seiring dengan penggunaan teknologi itu oleh syarikat, menurut Synology Inc.