Maybank Indonesia Pertimbang Tambah Mata Wang Ringgit Dalam Perkhidmatan Kiriman Wang Pantas
Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil
JAKARTA, 15 Okt (Bernama) -- Maybank Indonesia sedang mempertimbangkan penggunaan ringgit Malaysia untuk fasa seterusnya dalam perkhidmatan kiriman wang pantas yang baru dilancarkan, dengan Malaysia sudah disenaraikan sebagai antara destinasi berpotensi ketika bank itu memperluas keupayaan pemindahan wang antarabangsa.