PPB Group Optimis Terhadap Prestasi Separuh Kedua 2026 Dalam Ketidaktentuan Geopolitik
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Kumpulan konglomerat pelbagai sektor, PPB Group Bhd kekal optimis tetapi berhati-hati berhubung prestasinya bagi separuh kedua 2026 di sebalik perkembangan geopolitik, ketidaktentuan harga komoditi dan faktor luaran lain yang terus mempengaruhi persekitaran operasinya.