Malaysia Patut Tubuh Koridor Pelayaran Hijau, Percepat Peralihan Hijau Industri Maritim - Pakar
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Malaysia sepatutnya menubuhkan koridor pelayaran hijau bagi mempercepatkan peralihan industri maritim ke arah operasi yang lebih hijau menerusi penyelarasan yang lebih erat di antara kerajaan dengan penggiat industri, kata seorang pakar.