BERITA TERKINI   Kerjasama dengan Mesir buka peluang besar kepada Malaysia memperluas perdagangan, pelaburan dan sektor pelancongan - Anwar | Malaysia, Mesir setuju adakan mesyuarat suruhanjaya bersama pada suku pertama 2027 untuk memperkukuh kerjasama dua hala - Anwar | Tabung Pos ditubuhkan dengan dana RM150 juta di bawah seliaan MCMC, beroperasi suku pertama 2027 – Fahmi | Agong kurnia Darjah Utama Seri Mahkota Negara kepada Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi  | Syed Saddiq, Bella Astillah sah bergelar suami isteri sekitar 10.40 pagi hari ini | 

Malaysia Patut Tubuh Koridor Pelayaran Hijau, Percepat Peralihan Hijau Industri Maritim - Pakar

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Malaysia sepatutnya menubuhkan koridor pelayaran hijau bagi mempercepatkan peralihan industri maritim ke arah operasi yang lebih hijau menerusi penyelarasan yang lebih erat di antara kerajaan dengan penggiat industri, kata seorang pakar.

Pengarah Eksekutif Bukan Bebas dan Ketua Pegawai Eksekutif Orkim Bhd Kapten Cheah Sin Bi berkata koridor itu akan menyediakan titik permulaan yang praktikal bagi penyahkarbonan sektor perkapalan dengan menyelaraskan pelaburan kapal, pilihan bahan api alternatif dan infrastruktur pembekalan bahan api di sepanjang laluan kargo sedia ada.

“Jika kita mahu industri beralih kepada perkapalan hijau, cabarannya adalah menentukan jenis kapal yang perlu dibina bagi mematuhi peraturan yang bakal dikuatkuasakan serta jenis bahan api alternatif yang perlu digunakan sama ada metanol, ammonia, elektrik atau biofuel.

Ad Banner

“Namun, jika kita menubuhkan koridor pelayaran hijau dan mengetahui pelabuhan seperti Pelabuhan Pulau Pinang serta Pelabuhan Port Dickson mempunyai kemudahan pembekalan bahan api metanol, contohnya, pengendali kapal boleh membina kapal metanol dwi-bahan api,” jelasnya.

Cheah berkata demikian semasa perbincangan panel bertajuk “Memperkukuh Rantaian Nilai Hiliran Petroleum Malaysia dan Mengenal Pasti Jurang serta Faktor Pemudah Cara” yang dianjurkan oleh Maritime Network Sdn Bhd dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau memberitahu kekurangan penyelarasan boleh menimbulkan cabaran sekiranya pelabuhan membangunkan kemudahan pembekalan bahan api kapal bagi jenis bahan api yang berbeza selepas pengendali kapal komited terhadap teknologi kapal khusus.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Sekiranya kita membina kapal metanol dwi-bahan api tetapi Port Dickson atau Pelabuhan Pulau Pinang kemudiannya membangunkan hab pembekalan bahan api ammonia, hal berkenaan akan mewujudkan ketidaksepadanan.

“Oleh itu, pilihan bahan api dan infrastruktur sokongan mestilah diselaraskan dari peringkat awal lagi,” katanya.

Sementara itu, Profesor Madya Fakulti Pengajian Maritim UMT Dr Masha Nur Salsabiela Menhat berkata Malaysia sepatutnya tidak hanya memberi tumpuan kepada usaha menarik lebih banyak pembekal bahan api tetapi juga membina reputasi bagi perkhidmatan yang boleh dipercayai, telus dan berkualiti tinggi.

Beliau memberitahu daya saing negara tidak bergantung semata-mata pada penetapan harga, tetapi juga pada nilai keseluruhan dan keyakinan yang ditawarkannya kepada pengendali perkapalan antarabangsa.

“Kita perlu memberi tumpuan kepada ketelusan dan kebolehpercayaan dalam perniagaan pembekalan bahan api. Pemilik dan pengendali kapal memerlukan maklumat yang jelas mengenai spesifikasi bahan api, penetapan harga, kuantiti, kualiti serta pengaturan penghantaran.

“Selain itu, kualiti bekalan bahan api merupakan satu daripada faktor utama yang dinilai oleh pemilik dan pengendali kapal kerana ia amat penting. Bahan api yang tercemar atau tidak memenuhi spesifikasi tepat boleh menyebabkan masalah operasi kepada kapal,” tambah beliau.

-- BERNAMA