Belanjawan 2027: MATTA Mohon Pelaburan Pelancongan, Insentif Cukai Yang Lebih Baik
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Insentif cukai yang lebih mesra kepada pengusaha, tambahan pelaburan dalam infrastruktur dan peruntukan promosi yang lebih tinggi untuk pelancongan adalah antara item yang disenaraikan sebagai hasrat utama Belanjawan 2027 daripada Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA).