BERITA TERKINI   Ewon Benedick kekal Presiden UPKO bagi penggal 2026-2029 | Wong Chen umum letak jawatan Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini | PM Anwar kini jalani rawatan fisioterapi, pastikan proses pemulihan berjalan baik - Ketua Pasukan Perubatan PM | PM Anwar selamat jalani pembedahan laparoskopi secara elektif, rawat hernia perut - Ketua Pasukan Perubatan PM | Pelan Strategik Penentu Sosial Kesihatan Orang Asli 2026-2035 komitmen kerajaan tingkat status kesihatan, kesejahteraan komuniti Orang Asli - Dzulkefly Ahmad | 

Nigel Wong Dipilih Semula Sebagai Presiden MATTA

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Nigel Wong Chun Teim dipilih sebagai Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) bagi penggal 2026-2029, sekali gus menandakan penggal kedua beliau menerajui persatuan itu.

Ahli Majlis Eksekutif (EXCO) baharu itu dipilih pada Mesyuarat Agung Tahunan MATTA ke-51 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, terdiri daripada tujuh pemimpin penggal sebelumnya dan tiga ahli baharu.

MATTA dalam kenyataan memaklumkan kepimpinan baharu itu akan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh pembangunan bakat, memperjuangkan kepentingan industri, mempercepat transformasi digital, meningkatkan nilai kepada ahli serta memperluas peluang perniagaan antarabangsa sepanjang tiga tahun akan datang.

Ad Banner

Sementara itu, Wong berkata beliau berbesar hati apabila terus diberi kepercayaan untuk menerajui MATTA dan mengucapkan terima kasih kepada ahli atas keyakinan mereka terhadap kepimpinan baharu itu.

“Antara pencapaian terbesar kami sepanjang penggal lepas adalah memperkukuh komitmen dalam memberikan perkhidmatan kepada ahli. Setiap inisiatif yang kami laksanakan bermula dengan memahami keperluan ahli serta menyediakan penyelesaian praktikal yang memberi nilai kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata EXCO baharu itu menghimpunkan pemimpin berpengalaman daripada penggal sebelumnya serta suara baharu dengan idea segar bagi menyokong ahli, memperjuangkan piawaian industri yang lebih tinggi dan meletakkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan global terkemuka.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Barisan EXCO bagi penggal 2026-2029 terdiri daripada Mohd Hizzat Mohd Shah sebagai timbalan presiden dan Kho Kwang Peow sebagai bendahari kehormat, manakala portfolio naib presiden meliputi pelancongan outbound, pengangkutan udara, pengangkutan darat, pendidikan dan latihan, pelancongan inbound dan domestik, penyelidikan dan teknologi, serta umrah dan haji.

-- BERNAMA