Prospek Sektor Perbankan Malaysia Kekal Positif Didorong Pertumbuhan Pinjaman Berdaya Tahan
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd dan RHB Investment Bank Bhd masing-masing mengekalkan tinjauan positif terhadap sektor perbankan Malaysia, yang kukuh dari segi asas dan terus menawarkan pilihan bersifat defensif yang menarik.