BNM Kenakan Penalti Monetari Pentadbiran Terhadap Pacific Insurance, Wang S Enterprise
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan penalti monetari pentadbiran (AMP), masing-masing kepada The Pacific Insurance Bhd (TPIB) berikutan ketidakpatuhan berhubung Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Wang S Enterprise Sdn Bhd yang tidak mematuhi Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011.