2hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Alliance Bank Malaysia Bhd melancarkan “BizSmart® Challenge Accelerator” Edisi 2026, menawarkan hadiah terkumpul bernilai sehingga RM2 juta untuk mempercepat pertumbuan kumpulan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta syarikat pemula niaga yang berpotensi tinggi di negara ini.
4hari ago
LABUAN, 20 Jun (Bernama) -- Lembaga Pelabuhan Kemaman (LPKmn), Lembaga Pelabuhan Kuantan (LPKtn) dan Lembaga Pelabuhan Labuan (LPL) berhasrat untuk bekerjasama menyediakan kertas cadangan kepada Timbalan Perdana Menteri bagi memperluas program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berkaitan sektor maritim dan pelabuhan.
5hari ago
Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail
ASHGABAT (TURKMENISTAN), 19 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kejayaan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) memperoleh telaga gas antara yang terbesar dunia susulan perjanjian yang dimeterai dengan kerajaan di Turkmenistan sebagai luar biasa.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Syarikat-syarikat penerbangan perlu melaksanakan analisis sensitiviti bahan api peringkat laluan masing-masing untuk mengenal pasti laluan yang tidak menguntungkan di bawah beberapa senario harga bahan api yang berbeza.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Zurich Insurance Group mengenal pasti cuaca ekstrem dan bencana alam sebagai risiko paling serius yang dihadapi oleh sektor pembinaan dalam tempoh lima tahun akan datang dengan memberikan skor 6.2 daripada tujuh.
8hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Dasar normalisasi berterusan Bank of Japan (BOJ) berkemungkinan memberi impak lebih besar terhadap pasaran kewangan Asia berbanding pendirian kadar faedah Bank Pusat Eropah (ECB) yang lebih tinggi untuk jangka masa panjang.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Syarikat Malaysia yang melaksanakan amalan dan piawaian pelaporan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang kukuh dijangka mempunyai kelebihan daya saing tersendiri dan akses kepada peluang perniagaan di Kesatuan Eropah (EU) dan pasaran antarabangsa lain, menurut pakar pelaporan kemampanan.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Affin Hwang Investment Bank Bhd hari ini melancarkan Pelaburan Berkaitan Ekuiti (ELI) bagi menyediakan pendedahan tersuai kepada pelabur terhadap pelbagai aset asas sambil menyokong objektif pasaran dan kepelbagaian pulangan risiko di tengah-tengah ketidaktentuan global yang berterusan.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Tanco Holdings Bhd menegaskan asas perniagaannya kekal kukuh meskipun berdepan turun naik harga saham kebelakangan ini yang mendorong Bursa Malaysia Securities Bhd mengeluarkan pertanyaan Aktiviti Pasaran Luar Biasa (UMA).