PAAB Cadang Program Sukuk RM11.64 Bilion Sokong Pembangunan Infrastruktur Air
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) mencadangkan program Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) bernilai RM11.64 bilion menerusi anak syarikat milik penuhnya, Pengurusan Air SPV Bhd (PASB), bagi memenuhi keperluan perbelanjaan modal strategik jangka panjang dalam tempoh 10 tahun akan datang.