Terdapat 3 berita berdasarkan kata kunci carian " reset"

Rangka Kerja Penetapan Harga DRG MediAsas Berasaskan Bil Hospital RM4.8 Bilion

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Data yang menjadi asas kepada rangka kerja penetapan harga Kumpulan Berkaitan Diagnosis (DRG) MediAsas menunjukkan pembayar pihak ketiga menanggung bil hospital berjumlah RM3.9 bilion, manakala RM932 juta dibayar sendiri oleh pesakit.

BNM Rancang Tubuh Rangka Kerja Tadbir Urus Untuk Pastikan MediAsas Kekal Mampan Dan Mampu Milik

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) – Bank Negara Malaysia (BNM) merancang untuk mewujudkan rangka kerja tadbir urus bagi memastikan MediAsas, produk insurans dan takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) asas Malaysia, kekal mampu milik dan mampan dalam jangka panjang dalam persekitaran peningkatan kos penjagaan kesihatan.

JBMKKS Lancar Program Rintis Mediasas Akhir Julai, Peringkat Nasional Pada 2027

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri Untuk Kos Penjagaan Kesihatan Swasta (JBMKKS) akan melancarkan program rintis MediAsas pada akhir bulan ini, sekali gus menjadi pencapaian penting dalam penyediakan asas bagi pelaksanaan peringkat nasional pada Januari 2027.