BERITA TERKINI   Jumlah perdagangan Malaysia meningkat 6.3 peratus atau RM182.4 bilion kepada RM3.1 trilion tahun ke tahun pada 2025, disokong pertumbuhan eksport (6.6 peratus) dan import (6.0 peratus) - DOSM | Jumlah perdagangan Malaysia meningkat 6.3 peratus atau RM182.4 bilion kepada RM3.1 trilion tahun ke tahun, disokong pertumbuhan eksport (6.6 peratus) dan import (6.0 peratus) - DOSM | Perdagangan Malaysia 2025 catat prestasi tertinggi melepasi nilai RM3 trilion - DOSM | Darjah Seri Utama, Dato' Setia Negeri Sembilan kepada Tan Sri Rais Yatim ditarik balik -- Pendaftar Darjah NS | Kabinet setuju lepas hak kerajaan persekutuan ke atas tapak Rascom kepada Kerajaan Negeri Sarawak - NRES | 

BNM Rancang Tubuh Rangka Kerja Tadbir Urus Untuk Pastikan MediAsas Kekal Mampan Dan Mampu Milik

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) – Bank Negara Malaysia (BNM) merancang untuk mewujudkan rangka kerja tadbir urus bagi memastikan MediAsas, produk insurans dan takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) asas Malaysia, kekal mampu milik dan mampan dalam jangka panjang dalam persekitaran peningkatan kos penjagaan kesihatan.

Timbalan Gabenor BNM, Aznan Abdul Aziz berkata rangka kerja itu akan diselia oleh sebuah lembaga bebas merangkumi wakil daripada pelbagai kumpulan berkepentingan bagi memastikan pelbagai perspektif merentas ekosistem penjagaan kesihatan dan insurans turut diambil kira.

“Kos perubatan akan terus meningkat and ini akan terus berkembang. Oleh itu, kami merancang untuk melaksanakan rangka kerja tadbir urus bagi mengkaji semula ciri-ciri dan kemampuan MediAsas secara berterusan”, katanya semasa sesi pleno hari ini bertajuk “Strategi RESET dan MediAsas Mengemudi Tekanan Kos untuk Masa Depan yang Mampan”.

Ad Banner

Aznan juga berkata produk MediAsas memasuki fasa rintisnya hari ini pada Simposium Sasana 2026, dan berada di landasan yang betul untuk pelancaran pada Januari, 2027.

Beliau berkata program rintis itu perlu dilakukan ketika perbincangan dan pengujian meluas yang telah dijalankan oleh pengawal selia, industri insurans dan takaful, pihak berkepentingan penjagaan kesihatan dan pihak lain yang terlibat dalam membangunkan produk tersebut.

“Program rintis berkenaan akan membolehkan pengujian secara menyeluruh, merangkumi bidang seperti pendaftaran, pengunderaitan dan tuntutan, serta proses operasi termasuk pengeluaran surat jaminan dan tempahan temu janji.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“MediAsas juga dijangka berperanan sebagai penanda aras atau asas bagi produk insurans dan takaful perubatan lain di pasaran, berpotensi mempengaruhi cara penanggung insurans meletakkan harga bagi tawaran lain mereka, katanya.

Aznan berkata sekurang-kurangnya tujuh daripada 11 inisiatif di bawah RESET telah merekodkan kemajuan yang ketara sepanjang tahun lepas.

“Kemajuan itu secara umumnya boleh dikumpulkan kepada tiga bidang, iaitu maklumat dan ketelusan, penyampaian perkhidmatan perubatan dan pembaharuan pembayaran perubatan.

“Langkah-langkah diambil termasuk ketelusan lebih besar mengenai harga ubat dan harga untuk prosedur perubatan biasa, serta usaha yang melibatkan rekod perubatan elektronik dan kebolehoperserasian MyEHR, katanya.

-- BERNAMA