Waris Boleh Semak Takaful, Insurans Anggota Keluarga Meninggal Dunia Melalui Semak Kasih
Oleh Nurfadlina Izzati Moktar
KUALA TERENGGANU, 27 Jun (Bernama) -- Waris kini boleh menyemak dengan mudah sama ada ahli keluarga yang telah meninggal dunia mempunyai perlindungan takaful keluarga atau insurans hayat menerusi Semak Kasih.