Serai Group Labur RM15 Juta Bangunkan 'Serai Estate' Di Ipoh, Jadi Hab Operasi F&B Luar Lembah Klang
IPOH, 17 Sept (Bernama) -- Serai Group menyasarkan pembukaan Serai Estate di Ipoh sebagai hab strategik pertama kumpulan itu di luar Lembah Klang menerusi pelaburan kira-kira RM15 juta, sebelum kumpulan itu mengembangkan operasinya ke Pulau Pinang dan Johor.