GWM Malaysia Catat Jualan 3,166 Kenderaan Pada Separuh Pertama, Naik 42.4 Peratus
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- GWM Malaysia (GWM) mencatatkan penghantaran kenderaan tertinggi sebanyak 3,166 unit dalam tempoh enam bulan pertama 2026, iaitu meningkat 42.4 peratus tahun ke tahun, sekali gus mengukuhkan kedudukannya dalam kalangan 11 jenama automatif paling laris di Malaysia.