F1 Kembali Peluang Keemasan Bangunkan Semula Ekosistem Sukan Permotoran Negara
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Kembalinya perlumbaan Formula 1 (F1) ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) memberi peluang keemasan kepada Malaysia untuk membina semula ekosistem sukan permotoran negara, kata bekas pelumba F1 negara Alex Yoong.