BERITA TERKINI   Pengarah Pengurusan PDRM Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Majid dilantik Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa 9 Sept - Saifuddin | Kertas siasatan dakwaan MB Negeri Sembilan dipaksa tandatangan Surat Cara Proklamasi telah dibuka dan masih dalam proses siasatan -- Saifuddin Nasution | KDN nilai tawaran kapal ronda luar pesisir kedua daripada Ex-United States Coast Guard (USCG) berdasarkan kelayakan belayar, kos baik pulih - Saifuddin | Kadar elaun anggota RELA RM8 sejam akan disemak kepada kadar lebih munasabah -- Saifuddin Nasution | Pasukan Petugas Pusat Data telah menerima lebih 40 permohonan untuk mewujudkan atau memperluas operasi di Malaysia tahun ini - MITI  | 

Terdapat 7 berita berdasarkan kata kunci carian " ujsb"

Terbitan Sukuk RM11.5 Bilion Beri Kelebihan Aliran Tunai Kepada Tabung Haji - Nurhisham

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) - Terbitan sukuk bernilai RM11.5 bilion oleh Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) bukanlah satu bentuk penyelamatan baharu untuk Lembaga Tabung Haji (TH) sebaliknya merupakan proses pembiayaan semula yang memberikan kelebihan aliran tunai berterusan kepada institusi berkenaan.

Sukuk RM11.5 Bilion TH Bukan 'Bailout' Baharu - Nungsari

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Sukuk bernilai RM11.5 bilion yang diterbitkan oleh Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) merupakan pembaharuan sukuk yang telah matang daripada langkah penyelamatan kewangan (bailout) Tabung Haji (TH) sebelum ini dan bukan yang baharu, kata ahli ekonomi Dr Nungsari Ahmad Radhi.

Kerajaan Sentiasa Jelaskan Hutang Yang Dibuat - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) –- Kerajaan sentiasa memastikan hutang kerajaan dijelaskan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

TH Perlu Kurangkan Kebergantungan Terhadap Pendapatan Sukuk UJSB -- Ahli Parlimen Bentong

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Kerajaan diminta memperincikan langkah untuk mengurangkan kebergantungan Lembaga Tabung Haji (TH) ke atas pendapatan sukuk Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) yang menurut Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyumbang hampir 26 peratus daripada pendapatan tahunan institusi itu.

Penjualan Aset Hampir RM10 Bilion Selamatkan TH, Kerugian RM2.6 Bilion Ditangani Bagi Pemulihan Seterusnya

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Pelan Pemulihan dan Penstrukturan Lembaga Tabung Haji (TH) berjaya menangani kerugian pelaburan RM12.6 bilion, iaitu RM10 bilion melalui Pelan Pemulihan 2018 dan RM2.6 bilion secara berperingkat sehingga akhir 2025.

'Bailout' Tabung Haji 2018 Elak Pengeluaran Deposit, Krisis Pasaran Kewangan - TH

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) berkata pelan pemulihan dan penstrukturan semula yang dilaksanakan pada 2018 merupakan langkah penyelamatan kewangan (bailout) yang perlu bagi mengelakkan institusi itu daripada berdepan insolvensi, di samping melindungi simpanan pendeposit dan memastikan kemampanan kewangan institusi berkenaan. 

Laporan RCI TH Syor Audit Forensik Terhadap 14 Pelaburan Bermasalah

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) mencadangkan supaya audit forensik dijalankan untuk meneliti bagaimana keputusan pelaburan yang lalu dibuat sehingga menyebabkan TH berhadapan dengan penurunan nilai aset yang teruk.